Jumaat, 15 Mac 2013

THE RON CLARK STORY




TAREE ZAMEEN PAR (LIKE STARS ON EARTH)



Cerita ini mengisahkan seorang budak lelaki yang mengalami sejenis penyakit atau sindrom yang kita kenali sebagai dileksia, namun dia mempunyai bakat yang besar dalam bidang seni. Namanya Ishaan. Ishaan Aswatri.

Ishaan berumur 8 tahun, namun masih gagal membaca dan menulis. Ibu dan bapanya yang langsung tidak tahu berkenaan dileksia mendesak Ishaan untuk belajar membaca dan menulis serta lulus dalam peperiksaan seperti abangnya yang memang pintar dalam pelajaran. Setiap hari Ishaan dimarahi ayahnya kerana gagal dalam ujian. Akhirnya ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama, sebuah sekolah pemulihan. Ishaan terlalu sedih dengan keputusan ayahnya dan tidak sanggup berjauhan dengan ibunya. Dan Ishaan pun terpaksalah menetap di sekolah berasrama tersebut. Hari- hari dia dimarahi guru-gurunya dan diketawakan rakannya kerana tidak mampu membaca dan menulis. Hatta dalam kelas seni pun dia tidak melukis. Dia sering menangis. Dibuang semua buku-bukunya dalam tong sampah. Dilontar begnya keluar tingkat. Mungkin saat itu dia hilang keyakinan diri..dan merasakan diri terlalu kurang berbanding orang lain. Sehinggalah satu hari datang seorang guru seni yang baru Mr. Nikhumb.

Nak tahu bagaimana Mr. Nikhumb berusaha membantu Ishaan untuk memperolehi keyakinan dia kembali dan mengembangkan bakatnya dalam bidang seni? Sebelum itu, kita lihat sedikit ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami dileksia:Apa itu Disleksia, Penyakit disleksia,Info disleksia


Dalam satu kelas seni, Mr. Nikhumb menceritakan kepada pelajarnya tentang beberapa orang yang hebat seperti Albert Enstein dan beberapa tokoh lain yang pada awalnya langsung tidak tahu membaca dan menulis. Tapi mereka Berjaya menjadi orang hebat yang namanya disebut sehingga ke hari ini. Ishaan mula tertarik mendengar cerita gurunya. Dia sudah mula tersenyum.


Mr. Nikhumb berusaha gigih mengajar Ishaan menulis dan membaca dengan cara yang berlainan daripada guru-guru Ishaan yang lain. Sehingga akhirnya Ishaan mampu membaca dan menulis dengan baik dan prestasinya dalam pelajaran juga meningkat. Pada suatu hari Mr. Nikhumb telah menganjurkan pertandingan melukis yang melibatkan semua guru dan pelajar sekolahnya. Dalam pertandingan itu, Ishaan telah mendapat tempat yang pertama.

Apa yang ingin saya ceritakan, kepada ibu bapa sekalian, jika anak-anak tidak membesar seperti anak-anak yang lain, lakukanlah pemeriksaan dengan pakar-pakar untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak. Jangan sekali-kali membandingkan anak-anak yang menghadapi masalah dengan anak-anak yang membesar secara normal. Bila Allah telah menciptakan dia sebegitu rupa, pasti ada kelebihan padanya yang ibu bapa perlu cari, selidik dan kembangkan. Rangsang anak-anak yang menghadapi masalah seperti ini dengan sesuatu yang menjadi minat mereka. Tumpukan mereka dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi kepada mereka agar mereka rasa dihargai. Ingat, anak- anak itu amanah Allah, bagaimanapun rupanya, sifatnya, mereka adalah amanah yang perlu kita bimbing sehingga ke syurgaNya.

Satu cerita: di kepulauan Solomon, jika penduduknya ingin menerangkan kawasan hutan, mereka tidak akan menebang pokok-pokok, tapi mereka akan memaki hamun pokok itu sehingga mereka layu dan mati dengan sendirinya. Renung-renungkan.

Kesimpulannya, tiada yang mustahil dengan kuasa Allah. Usaha dan tawakal, akhirnya Ishaan dapat membaca dan menulis, apa yang penting adalah perhatian dan kasih sayang sepertimana yang Mr. Nikhumb tunjukkan. Waalahua'lam.

3 IDIOT: BUKA MATA PENONTON TENTANG ISU PENDIDIKAN



Mempunyai Definisi Tersendiri Mengenai Pembelajaran

Cerita ini mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Farhan Qureshi, Raju Rastogi, dan Rancchoddas “Rancho” Shyamaldas Chanchad yang sama-sama belajar jurusan ‘engineering’ di Imperial College of Engineering (ICE). Farhan meminati bidang fotografi tetapi dipaksa oleh ayahnya untuk menjadi engineer.

Dia dilahirkan pada 5.15 a.m dan pada 5.16 a.m ayah dia sudah berharap agar dia menjadi engineer! Raju pula sememangnya meminat bidang engineering tetapi di dalam benak fikirannya sangat takut jika gagal di dalam peperiksaan, takut tak dapat kerja. Itulah yang menghantui dirinya.

Rancho pula seorang yang cool & steady (biasalah hero). Beliau belajar bagi pihak orang lain untuk mendapatkan segulung ijazah di dalam engineering. Rancho lah yang banyak mengetengahkan idealogi baru supaya kita belajar bukan semata-mata berjaya di dalam peperiksaan dan mendapatkan segulung ijazah.



Setiap Orang Mempunyai Minat & Kelebihan Tersendiri

Cerita ini juga mengajar kita supaya lakukan perkara yang kita minat. Ibu bapa tidak sepatutnya meletakkan supaya anak mereka jadi itu dan ini tetapi perlu tanya sendiri si anak itu. Apa yang dia minat dan ibu bapa perlulah membimbing anak mereka supaya memilih jurusan yang diminati. Paling penting supaya tidak terjerumus dengan kerjaya yang tidak diredhai oleh Ilahi. Ya, ibu bapa juga memainkan peranan.

“Know your passion. Quit engineering, marry photography. Follow your talent. If Micheal Jackson’s dad forced him to be a boxer and Muhammad Ali’s dad pushed him to be a singer… imagine the disaster,” kata Rancho kepada Farhan.


Cerita ini juga menyalahkan sistem pembelajaran dunia yang menyebabkan para pelajar kita tertetekan disamping pelajar tidak dapat majukan diri. Para pelajar ditekankan supaya berjaya di dalam peperiksaan agar mendapat kerja yang bagus.

Untuk berjaya di dalam peperiksaan pula tiada pilihan lain selain dari menghafal.

Siapa paling banyak ingat maka dia adalah pelajar paling berjaya. Sistem pembelajaran kita menyebabkan para pelajar menghafal dan bukannya memahami sesuatu perkara tersebut.


“They’ll get jobs,(refer kepada pelajar tercorot) sir. There must be some firm that prefers humans than maschines,” kata Rancho kepada lecturer mereka.


Sistem Pembelajaran Memecah-belahkan Masyarakat?

Rancho juga tidak bersetuju dengan tindakan sistem pembelajaran yang mendedahkan keputusan peperikasaan pelajar mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus kerana akan menyebabkan pelajar yang tercorot akan tertekan. Sistem macam ni akan memecah belahkan masyarakat kita yang kita laung-laungkan marilah kita bersatu. Sistem barat ini telah mengasingkan kita di antara yang pandai dan tercorot?


With such fear of tomorrow, how will you live today? Pursue excellence, and success will follow, pants down.

Akibatnya di India, ramai pelajar yang bunuh diri kerana tertekan. Di dalam cerita ini, Raju telah cuba bunuh diri akibat tertekan dengan sistem pembelajaran. Raju terlalu memikirkan tentang keluarga, tentang masa depan dan sebagainya jika dia gagal di dalam pembelajaran. Seolah-olah kalau gagal di dalam belajar, maka berakhirlah dunia.

Terlalu banyak jika hendak diceritakan semuanya di dalam entri ini. Kepada pembaca blog ini yang masih belum lihat cerita ini, saya cadangkan agar anda meluangkan masa untuk menonton cerita 3 Idiots ini. Saya rasa ini merupakan movie hindustan terbaik pernah saya tengok. Membawa ideaologi yang berbeza dan itulah hakikat sebenar yang kita perlu tahu.

Buka Mata Mengenai Isu Menuntut Ilmu

Paling menarik, cerita ini telah membuka hati saya untuk pergi belajar di universiti suatu hari nanti. Belajar untuk mendapatkan ilmu dan bukannya segulung ijazah.

“For school you don’t need tuition money, just a uniform. Pick a school, buy the uniform, slip into class. In that sea of kids, no one will notice” saran Rancho kepada seorang budak.

“If I get caught?” budak tu bertanya.

“Then new uniform and new school” jawab Rancho sambil senyum.



BEYOND THE BLACK BOARD

Filem ini berdasarkan kisah benar tentang seorang guru mudayang bernama Stacey Bess yang mengajar di sebuah sekolah tanpa nama untuk budak-budak jalanan/ homeless. Ada pelbagai kerenah yang beliau hadapi sebagai guru.

Antara babak yang menarik ialah:

-bila cikgu Stacey Bess berusaha mencantikkan kelas, untuk menarik perhatian murid-muridnya
-bila anak menuliskan resume untuk maknya yang buta huruf
-pada hari terbuka - anak-anak menceritakan tentang projek sekolah pada ibu bapa (ibu bapa kelihatan kagum  dengan anak mereka)
-Cikgu Stacey beri surat kepada guru baru Dana yang bertukar ke sekolah baru, yang mengatakan Dana bagus dalam subjek Sains, bila cikgu baru itu habis baca surat tersebut, "cikgu, boleh saya simpan surat itu? Surat itu dari cikgu saya"
-Mesyuarat PIBG yang sempoi giler, (alangkah bagus ^_^)
-Cikgu Stacey ajar buat kad ucapan, semua murid beri pada ibu bapa masing-masing dan Cikgu Stacey pun dapat juga

Ada banyak babak menarik dalam cerita ini yang membuatkan cerita ini sangat istimewa.

p/s: Cikgu Stacey ada laman web - klik sini. Beliau telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang bawah umur 35 tahun


CLASSROOM MUMBAI CAMPAIGN


Di Malaysia, kita tidak ada kelas seperti ini,
Kita cukup bersyukur kerana hidup di bumi Malaysia..

Namun,
Andaikan perkara ini terjadi,
Adakah anak-anak bangsa kita setekun mereka?
Adakah kita seprihatin guru-gurunya?

Fikir-fikir sejenak..

Khamis, 14 Mac 2013

MOTIVASI MAKSIAT?


"Macam mana ni Akhi, lain yang kita harap lain yang jadi". 
"Bunyi serius je Akhi?",soal saya.

Gempar. 

Mungkin ada yang tidak kena dengan program motivasi yang baru sahaja dia sertai hujung minggu lalu.

"Saya pergi ke Paris dan saya bertemu dengan Islam tanpa muslim. Saya kembali ke Kaherah, saya bertemu Muslim tanpa Islam", Muhammad Abduh.

"Rasanya tak tercapai langsung objektif program ni..", keluh kesah seorang teman.

"Terlalu bebas antara lelaki dengan perempuan. Ikhtilat tak dijaga", tambahnya lagi.

Saya sedikit kehairanan mendengar keluhan seorang teman yang saya kenali. Menjaga akhlak dari pelbagai sudut. Jauh berbeza dengan saya yang kadang kala tidak mampu menjaga keseluruhannya. Namun, usaha ke arah itu perlu ada !

"Lah, kenapa macam tu pula? Bukan ke penganjurnya Islam dan Islamik", tanya saya mendapatkan pencerahan.

"Entahlah Akhi, ana tak faham kenapa boleh jadi macam tu. Nama kem dah 'islamik' dah".
"Islamik tu di 'overshadow' kan dengan yang tak bagus-bagus kah?", soal saya lagi.

Dia terus bermasam muka dek kesedihan melanda diri. 

Saya kebingungan mencari solusi untuk dia. Namun, disebalik itu ada cerita ini.

"Enta tak protes memberi cadangan ke Akhi?", soal saya kembali.
"Dah, namun tak di endah atas alasan ada objektif tertentu".
"Ini bukan motivasi kecemerlangan, ini Motivasi Maksiat", tambah dia lagi.

Saya cuba memujuknya dengan memberikan senyuman disamping pencerahan solusi yang perlu kita ambil pabila kita berada ditempat pengajur. "Sabar akhi, semoga ada jalan keluarnya", pujuk saya.

Belakangan ini, banyak juga kedenagaran ditelinga dan dilihat sendiri dengan mata kepala banyak program motivasi yang melanggar 'adat'. Percampuran dan pergaulan bebas antara Ikhwah dan Akhowat peserta tidak begitu di ambil cakna oleh pihak penganjur sehinggakan membuka ruang Maksiat.

Bersukan secara sama (Berkumpulan campur). Latihan Dalam Kumpulan (LDK) tidak di asingkan, bahkan ketika waktu makan pun masih mahu semejakan peserta. Terkikisnya nilai rabbani dalam program 'islamik' tersebut.

"Enta dah rujuk pada Ustaz untuk masalah ni?", tanya saya.

Dia menggeleng. "Ana, tak sempat lagi nak jumpa Ustaz. Tapi rasanya Ustaz pun tak setuju dengan cara mereka ni. Niat mereka baik, tapi cara mereka salah Akhi".

"Maksud enta?, Ana kurang jelas. Qawaid Fiqih pun enta selitkan sekali", tanya saya sambil ketawa kecil.

"Bila ana tanya pengarah programnya kenapa mesti dilakukan sebegini didalam program ini, campur lelaki perempuan hampir setiap masa. Jawabnya, dia ingin cuba dedahkan praktikal komunikasi bersama kaum bukan sejenis disamping untuk memperkukuhkan 'ukhwah' kerjasama berpasukan serta membiasakan diri dengan muslimat dan muslimin. Ana langsung terkilan Akhi".

Saya sedikit terkejut dengan 'Maqasid' program itu dilaksanakan sebegitu caranya. "Ouh, macam tu". 

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan", Surah Annur : 31



Solusi 1 :

Ramai yang menyangka bahawa berjayanya sesebuah program itu apabila kerjasama antara peserta lelaki dan perempuan berjaya dibentuk. Namun, ada yang lebih penting dari itu. 

Oleh kerana itu, kita perlu ubah Cara Lihat atau Point of View. 

Ubah cara lihat bahawa dengan menyatukan peserta perempuan bersama lelaki mampu menjadikan mereka lebih bersedia menghadapi dunia luar. Kesilapan yang besar apabila kita melihat seperti itu. 

Ubah cara lihat kita dalam menyusun modul-modul program. Penyusunan modul program mestilah tidak bertentang dengan tuntun syarak. Pernah sekali ada yang mengadu menyatakan bahawa waktu solat tidak ditekan oleh pihak penganjur. Walhal, objektif utamanya mencegah remaja dari gajala sosial yang sedang menggila. Apakah bukan tujuan utama solat itu mencegah kemungkaran? Ubah cara lihat kita ! 

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan", Al-Ankabut 45

Ingat Matlamat tidak Menghalalkan Cara !

Solusi 2 :

Ubah cara pelaksanaan program kita keseluruhannya. 

Ya, saya tahu setiap Konsultan atau Badan Latihan mempunyai cara tersendiri untuk mengemudi program. Namun, suka saya ingatkan setiap program itu mempunyai objektifnya tersendiri dan perlu kita kaji apa objektif itu hanya tercapai dengan menyatukan peserta bersama?

Oleh kerana itu, Research and Development mesti ada didalam organisasi. Sentiasa kaji tindakan kita dari sudut kesan dan natijah pelaksanaannya. Dan selepas itu, barulah kita bangunkan semula modul dan pelaksanaan program secara keseluruhannya.

Tanpa adanya 'Ikhtilat' pun sesebuah program mampu menghasilkan natijah yang cukup luar biasa. 


Kesimpulan :

Jangan berselindung disebalik perkataan "Sinergi", "Motivasi" dan lain-lain istilah untuk menempiaskan nafsu jahat kita. 


"Islam itu dinamik, kreatif dan produktif. Kita boleh sahaja lebih inovatif dan kreatif dengan pelbagai pendekatan. Panjatlah gunung, berenanglah di sungai, redahlah belantara, namun Akidah, Syariat dan Akhlak WAJIB dijaga. Bebas tetapi jangan terbabas !", Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Sedang kita nak kurangkan kadar murtad, kadar zina dan kadar maksiat dinegara secara tidak sedar kita sedang mengkader 'krew-krew alumni motivasi maksiat'.

KERTAS 'TAK PUAS HATI'


Aktiviti ini merupakan aktiviti senyap yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah, untuk mewujudkan suasana senyap dan tenang, serta mengawal kebisingan dan pergaduhan kecil dalam kalangan murid. Perkara ini sekali gus dapat melatih koordinasi tangan pelajar dalam penulisan. Mudah sahaja dilaksanakan. Berikut adalah langkah-langkahnya:



1. Sebelum kelas dimulakan, guru mengedarkan kertas A4.
2. Setiap gangguan pembelajaran yang terjadi ke atas diri pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Contoh: " Adi rampas pemadam saya" dan sebagainya.
3. Pada akhir kelas, guru mengutip kertas-kertas yang telah diedarkan tadi.
4. Masalah-masalah yang berlaku ditangani oleh guru diluar sesi pengajaran dan pembelajaran