Jumaat, 15 Mac 2013

3 IDIOT: BUKA MATA PENONTON TENTANG ISU PENDIDIKAN



Mempunyai Definisi Tersendiri Mengenai Pembelajaran

Cerita ini mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Farhan Qureshi, Raju Rastogi, dan Rancchoddas “Rancho” Shyamaldas Chanchad yang sama-sama belajar jurusan ‘engineering’ di Imperial College of Engineering (ICE). Farhan meminati bidang fotografi tetapi dipaksa oleh ayahnya untuk menjadi engineer.

Dia dilahirkan pada 5.15 a.m dan pada 5.16 a.m ayah dia sudah berharap agar dia menjadi engineer! Raju pula sememangnya meminat bidang engineering tetapi di dalam benak fikirannya sangat takut jika gagal di dalam peperiksaan, takut tak dapat kerja. Itulah yang menghantui dirinya.

Rancho pula seorang yang cool & steady (biasalah hero). Beliau belajar bagi pihak orang lain untuk mendapatkan segulung ijazah di dalam engineering. Rancho lah yang banyak mengetengahkan idealogi baru supaya kita belajar bukan semata-mata berjaya di dalam peperiksaan dan mendapatkan segulung ijazah.



Setiap Orang Mempunyai Minat & Kelebihan Tersendiri

Cerita ini juga mengajar kita supaya lakukan perkara yang kita minat. Ibu bapa tidak sepatutnya meletakkan supaya anak mereka jadi itu dan ini tetapi perlu tanya sendiri si anak itu. Apa yang dia minat dan ibu bapa perlulah membimbing anak mereka supaya memilih jurusan yang diminati. Paling penting supaya tidak terjerumus dengan kerjaya yang tidak diredhai oleh Ilahi. Ya, ibu bapa juga memainkan peranan.

“Know your passion. Quit engineering, marry photography. Follow your talent. If Micheal Jackson’s dad forced him to be a boxer and Muhammad Ali’s dad pushed him to be a singer… imagine the disaster,” kata Rancho kepada Farhan.


Cerita ini juga menyalahkan sistem pembelajaran dunia yang menyebabkan para pelajar kita tertetekan disamping pelajar tidak dapat majukan diri. Para pelajar ditekankan supaya berjaya di dalam peperiksaan agar mendapat kerja yang bagus.

Untuk berjaya di dalam peperiksaan pula tiada pilihan lain selain dari menghafal.

Siapa paling banyak ingat maka dia adalah pelajar paling berjaya. Sistem pembelajaran kita menyebabkan para pelajar menghafal dan bukannya memahami sesuatu perkara tersebut.


“They’ll get jobs,(refer kepada pelajar tercorot) sir. There must be some firm that prefers humans than maschines,” kata Rancho kepada lecturer mereka.


Sistem Pembelajaran Memecah-belahkan Masyarakat?

Rancho juga tidak bersetuju dengan tindakan sistem pembelajaran yang mendedahkan keputusan peperikasaan pelajar mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus kerana akan menyebabkan pelajar yang tercorot akan tertekan. Sistem macam ni akan memecah belahkan masyarakat kita yang kita laung-laungkan marilah kita bersatu. Sistem barat ini telah mengasingkan kita di antara yang pandai dan tercorot?


With such fear of tomorrow, how will you live today? Pursue excellence, and success will follow, pants down.

Akibatnya di India, ramai pelajar yang bunuh diri kerana tertekan. Di dalam cerita ini, Raju telah cuba bunuh diri akibat tertekan dengan sistem pembelajaran. Raju terlalu memikirkan tentang keluarga, tentang masa depan dan sebagainya jika dia gagal di dalam pembelajaran. Seolah-olah kalau gagal di dalam belajar, maka berakhirlah dunia.

Terlalu banyak jika hendak diceritakan semuanya di dalam entri ini. Kepada pembaca blog ini yang masih belum lihat cerita ini, saya cadangkan agar anda meluangkan masa untuk menonton cerita 3 Idiots ini. Saya rasa ini merupakan movie hindustan terbaik pernah saya tengok. Membawa ideaologi yang berbeza dan itulah hakikat sebenar yang kita perlu tahu.

Buka Mata Mengenai Isu Menuntut Ilmu

Paling menarik, cerita ini telah membuka hati saya untuk pergi belajar di universiti suatu hari nanti. Belajar untuk mendapatkan ilmu dan bukannya segulung ijazah.

“For school you don’t need tuition money, just a uniform. Pick a school, buy the uniform, slip into class. In that sea of kids, no one will notice” saran Rancho kepada seorang budak.

“If I get caught?” budak tu bertanya.

“Then new uniform and new school” jawab Rancho sambil senyum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan