Khamis, 14 Mac 2013

MOTIVASI MAKSIAT?


"Macam mana ni Akhi, lain yang kita harap lain yang jadi". 
"Bunyi serius je Akhi?",soal saya.

Gempar. 

Mungkin ada yang tidak kena dengan program motivasi yang baru sahaja dia sertai hujung minggu lalu.

"Saya pergi ke Paris dan saya bertemu dengan Islam tanpa muslim. Saya kembali ke Kaherah, saya bertemu Muslim tanpa Islam", Muhammad Abduh.

"Rasanya tak tercapai langsung objektif program ni..", keluh kesah seorang teman.

"Terlalu bebas antara lelaki dengan perempuan. Ikhtilat tak dijaga", tambahnya lagi.

Saya sedikit kehairanan mendengar keluhan seorang teman yang saya kenali. Menjaga akhlak dari pelbagai sudut. Jauh berbeza dengan saya yang kadang kala tidak mampu menjaga keseluruhannya. Namun, usaha ke arah itu perlu ada !

"Lah, kenapa macam tu pula? Bukan ke penganjurnya Islam dan Islamik", tanya saya mendapatkan pencerahan.

"Entahlah Akhi, ana tak faham kenapa boleh jadi macam tu. Nama kem dah 'islamik' dah".
"Islamik tu di 'overshadow' kan dengan yang tak bagus-bagus kah?", soal saya lagi.

Dia terus bermasam muka dek kesedihan melanda diri. 

Saya kebingungan mencari solusi untuk dia. Namun, disebalik itu ada cerita ini.

"Enta tak protes memberi cadangan ke Akhi?", soal saya kembali.
"Dah, namun tak di endah atas alasan ada objektif tertentu".
"Ini bukan motivasi kecemerlangan, ini Motivasi Maksiat", tambah dia lagi.

Saya cuba memujuknya dengan memberikan senyuman disamping pencerahan solusi yang perlu kita ambil pabila kita berada ditempat pengajur. "Sabar akhi, semoga ada jalan keluarnya", pujuk saya.

Belakangan ini, banyak juga kedenagaran ditelinga dan dilihat sendiri dengan mata kepala banyak program motivasi yang melanggar 'adat'. Percampuran dan pergaulan bebas antara Ikhwah dan Akhowat peserta tidak begitu di ambil cakna oleh pihak penganjur sehinggakan membuka ruang Maksiat.

Bersukan secara sama (Berkumpulan campur). Latihan Dalam Kumpulan (LDK) tidak di asingkan, bahkan ketika waktu makan pun masih mahu semejakan peserta. Terkikisnya nilai rabbani dalam program 'islamik' tersebut.

"Enta dah rujuk pada Ustaz untuk masalah ni?", tanya saya.

Dia menggeleng. "Ana, tak sempat lagi nak jumpa Ustaz. Tapi rasanya Ustaz pun tak setuju dengan cara mereka ni. Niat mereka baik, tapi cara mereka salah Akhi".

"Maksud enta?, Ana kurang jelas. Qawaid Fiqih pun enta selitkan sekali", tanya saya sambil ketawa kecil.

"Bila ana tanya pengarah programnya kenapa mesti dilakukan sebegini didalam program ini, campur lelaki perempuan hampir setiap masa. Jawabnya, dia ingin cuba dedahkan praktikal komunikasi bersama kaum bukan sejenis disamping untuk memperkukuhkan 'ukhwah' kerjasama berpasukan serta membiasakan diri dengan muslimat dan muslimin. Ana langsung terkilan Akhi".

Saya sedikit terkejut dengan 'Maqasid' program itu dilaksanakan sebegitu caranya. "Ouh, macam tu". 

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan", Surah Annur : 31



Solusi 1 :

Ramai yang menyangka bahawa berjayanya sesebuah program itu apabila kerjasama antara peserta lelaki dan perempuan berjaya dibentuk. Namun, ada yang lebih penting dari itu. 

Oleh kerana itu, kita perlu ubah Cara Lihat atau Point of View. 

Ubah cara lihat bahawa dengan menyatukan peserta perempuan bersama lelaki mampu menjadikan mereka lebih bersedia menghadapi dunia luar. Kesilapan yang besar apabila kita melihat seperti itu. 

Ubah cara lihat kita dalam menyusun modul-modul program. Penyusunan modul program mestilah tidak bertentang dengan tuntun syarak. Pernah sekali ada yang mengadu menyatakan bahawa waktu solat tidak ditekan oleh pihak penganjur. Walhal, objektif utamanya mencegah remaja dari gajala sosial yang sedang menggila. Apakah bukan tujuan utama solat itu mencegah kemungkaran? Ubah cara lihat kita ! 

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan", Al-Ankabut 45

Ingat Matlamat tidak Menghalalkan Cara !

Solusi 2 :

Ubah cara pelaksanaan program kita keseluruhannya. 

Ya, saya tahu setiap Konsultan atau Badan Latihan mempunyai cara tersendiri untuk mengemudi program. Namun, suka saya ingatkan setiap program itu mempunyai objektifnya tersendiri dan perlu kita kaji apa objektif itu hanya tercapai dengan menyatukan peserta bersama?

Oleh kerana itu, Research and Development mesti ada didalam organisasi. Sentiasa kaji tindakan kita dari sudut kesan dan natijah pelaksanaannya. Dan selepas itu, barulah kita bangunkan semula modul dan pelaksanaan program secara keseluruhannya.

Tanpa adanya 'Ikhtilat' pun sesebuah program mampu menghasilkan natijah yang cukup luar biasa. 


Kesimpulan :

Jangan berselindung disebalik perkataan "Sinergi", "Motivasi" dan lain-lain istilah untuk menempiaskan nafsu jahat kita. 


"Islam itu dinamik, kreatif dan produktif. Kita boleh sahaja lebih inovatif dan kreatif dengan pelbagai pendekatan. Panjatlah gunung, berenanglah di sungai, redahlah belantara, namun Akidah, Syariat dan Akhlak WAJIB dijaga. Bebas tetapi jangan terbabas !", Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Sedang kita nak kurangkan kadar murtad, kadar zina dan kadar maksiat dinegara secara tidak sedar kita sedang mengkader 'krew-krew alumni motivasi maksiat'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan