Ahad, 3 Mac 2013

CONTOH AKTIVITI KAWAN KELAS: KAEDAH GANJARAN & HUKUMAN


Antara aktiviti kawalan kelas yang sering juga digunakan oleh guru-guru dewasa ini adalah dengan memperkenalkan satu papan ganjaran kepada murid-murid dalam kelas. Melalui papan ganjaran ini, terlebih dahulu guru akan membahagikan murid-murid ke dalam kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai nama kumpulan tersendiri.

Sebagai permulaan,guru boleh memberikan setiap kumpulan tiga permata. Sekiranya tingkah laku murid-murid adalah baik sepanjang P&P yang dijalankan untuk satu sesi, maka satu permata akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Manakala, untuk kumpulan yang tidak mematuhi mana-mana peraturan-peraturan yangdisenaraikan di atas , maka satu mata dari kumpulan mereka akan diambil oleh guru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan