Ahad, 3 Mac 2013

CONTOH AKTIVITI KAWALAN KELAS: MEWUJUDKAN PERATURAN-PERATURAN KELAS



Untuk mengawal kelas, guru boleh memperkenalkan satu set peraturan-peraturan yang ringkas kepada murid-murid dalam kelas. Peraturan-peraturan tersebut boleh dipaparkan dalam pelbagai bentuk, contohnya dalam bentuk PowerPoint dan juga satu jadual untuk dilekatkan dalam kelas.

Contoh peraturan-peraturan kelas :

1. Murid-murid dikehendaki untuk tidak membuat bising sewaktu P&P dijalankan.
2. Murid-murid boleh berbincang dalam kumpulan sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan, tetapi dengan nada suara yang lembut.
3. Murid-murid harus bekerjasama dalam kumpulan masing-masing sekiranya aktiviti berkumpulan dijalankan.
4. Murid-murid harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru sewaktu P&P dilaksanakan.
5. Murid-murid harus menghantar kerja rumah atau kelas yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum..

    mungkin anda semua boleh buat aktiviti yang lagi menarik dan kreatif..sekadar pandangan..

    sila lawat blog kami dan jangan lupa tinggalkan komen..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.. terima kasih atas komen membina. Untuk makluman, ini hanyalah contoh aktiviti kawalan kelas yang biasa di lakukan, bukan aktiviti hasil daripada perbincangan kami. HM

      Padam